Print this page
Saturday, 14 March 2026 23:12

Cantuman mata tunas durian di lapangan: kelebihan dan cabaran

Written by
Rate this item
(0 votes)

Tanam anak penanti durian kampung atau hutan, biarkan ianya tumbuh sekitar 6-8 bulan kemudian buat cantuman di lapangan. Ini salah satu teknik tanam durian yang diamal oleh pekebun di Malaysia. Ada kelebihan dan kekurangan kaedah ini.

 

kelebihan teknik cantuman di lapangan

  1. Anak penanti akan membesar tanpa halangan terutamanya di bahagian akar berbanding anak polybeg
  2. Peringkat awal cantuman lebih cepat membesar berbanding anak kahwin dalam polybeg
  3. Sistem akar tunjang yang lebih kuat
  4. Anak penanti lebih sesuaikan diri dengan pesekitaran
  5. Kos beli anak benih dapat dikurangkan
  6. kurangnya risiko bila tanaman diserang musuh seperti babi, gajah, monyet & kera

Kekurangan

  1. Pekebun terpaksa keluarkan kos awal yang belum tentu ada jaminan berbanding tanam anak polybeg yg dah tentu baka duriannya
  2. Bazir masa dan duit untuk bela anak penanti kampung contoh setahun ke 2 tahun pertama
  3. risiko cantuman tak menjadi dan anak penanti mati
  4. sukar cari tenaga mahir pencantum khas di kawasan kurang popular tanaman durian
  5. kesilapan atau tertukar baka semasa proses cantuman khas bagi pencantum yg kurang berpengalaman atau kurang sumber
  6. Kenopi pokok membesar dgn tak seimbang biasanya dari kesan cantuman tinggi
Read 61 times
Super User

Latest from Super User