Saturday, 07 March 2026 15:10
Cabaran sebenar tanam durian
Apakah cabaran sebenar yang menanti pekebun durian. Ini persoalan yang jarang disentuh dan diberi pendedahan kepada pendatang baru dalam bidang ini.
bagi saya sepanjang berkecimpung dalam bidang ini secara langsung ada beberapa cabaran serta isu utama yang mana pekebun patut ambil tahu. Sini saya senaraikan secara ringkas
- Pengetahuan asas berkenaan pertanian. Beberapa perkara asas anda patut ambil tahu secara serius sebelum menanam durian. Antaranya terpenting berkenaan tanah, dapat menilai tanah yang sihat atau tidak. Parameter asas seperti PH, CEC. Kenal pasti jenis tanah. Kesihatan tanah. Di sini titik mula tentukan tanaman anda berjaya atau tidak nanti.
- Sistem siraman merupakan perkara wajib anda buat bila tanam durian. Sediakan sebelum tanam. Antara kos besar selepas kerja tanah seperti clearing, teres atau busut. Bagi yang zero pengalaman baik rujuk pakar untuk elak kerja 2x di masa depan.
- Kenal pasti jenis baja sama ada kompos, organik, semi organik dan sebatian kimia. Jangan terpengaruh sangat dengan salesman baja. Pakai ikut kesesuaian tanah dan SOP anda. Durian ni sifir dia mudah, cepat naik cepat dapat penyakit.
- Man powers. Untuk kebun durian berskala besar ( 4 ekar ke atas), tolong sediakan pekerja sebelum buat kebun. Buat bajet jangka panjang untuk upah tenaga kerja ni, sekurangnya 5 - 6 tahun jangka masa.
- Modal. Ada 2 jenis modal, modal lebur mula sekali saja seperti kos clearing, teres, anak benih, rumah kebun, sistem siraman. Kos ke 2 kos yang berulang kena top up dalam tempoh masa tertentu iaitu upah pekerja, kos racun, baja, bil api air.
- Infrastruktur kebun, reka bentuk jalan kebun, rumah/pondok kebun, sistem api air atau solar.

Published in
Musang King
